Felda Sungai klah terletak di Mukim Sungkai Perak adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan tanah oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Tanah Rancangan ini melibatkan pembukaan dan pembangunan tanah untuk dijadikan ladang kelapa sawit dan getah yang kemudiannya dibahagikan kepada para peneroka untuk diusahakan. Felda Sungai Klah merupakan salah satu daripada beberapa rancangan FELDA di Wilayah Trolak dan terletak dalam Daerah Batang Padang. Felda Sungai Klah juga merupakan rancangan yang berada dalam DUN Parlimen Tanjung Malim dan kawasan Dewan Undangan Negeri Slim River. Lokasi Felda Sungai Klah berkedudukan di 95km DARI bandaraya Kuala Lumpur dan 70km dari bandaraya Ipoh.
Felda Sungai Klah mempunyai 369 keluarga peneroka asal yang terdiri daripada 304 Melayu, 37 India dan 28 Cina. Dengan keluasan 1632.6 hektar, FELDA ini secara keseluruhan kini menempatkan seramai 2500 orang penduduk. Felda ini merupakan antara rancangan yang tertua bukan sahaja di Wilayah Trolak, bahkan juga di seluruh Malaysia. Nama Felda Sungai Klah diambil sempena nama seekor ikan yang banyak terdapat di sungai rancangan ini suatu ketika dahulu iaitu ‘Ikan Klah’.