mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

BAZAR RAYA @ NADI FELDA SUNGAI KLAH

Tarikh: 14 Mac 2026
Masa: 8:00 hingga 3:00 pm

Alhamdulillah, Program Bazar Raya @ NADI Felda Sungai Klah telah berlansung dengan jayanya dalam suasana yang meriah. Program ini bukan sahaja memeriahkan lagi sambutan Ramadan, malah turut memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menjana pendapatan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada MCMC atas penganjuran program yang bermanfaat ini. Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada komuniti Felda Sungai Klah yang telah datang memberi sokongan padu sekaligus memeriahkan lagi suasana.

Semoga berjumpa lagi di lain program.